Wacana Parameter Sistem Ekonomi Islam

Wacana Parameter Sistem Ekonomi Islam

Assalamu ‘ Alaikum.

Kami menjemput tuan-tuan dan puan-puan sekelian keWacana atas talian (online) dibawah ini yang bertajuk Parameter Sistem Ekonomi Islam sepenuhnya. Sila turunkan pendapat dan pandangan saudara dibahagian Comment dibawah. Hasrat kita bersama ialah untuk mendapat kata sepakat apakah model Ekonomi Islam terbaik untuk mengganti Sistem sediada sekarang. Pembincangan Model Ekonomi Islam semestinya membincang diantara lain Sistem Monetari Islam, Sistem Kewangan Islam, dan Sistem Penyelesaian Perdagangan Antarabangsa. Kita alu-alukan semua pandangan meliputi pandangan dari semua segi, ekonomi, kewangan, Shariah, akademik, sosial, politik, kemasyarakatan, praktikal, PengIslaman Ilmu (Islamisation of Knowledge) dsb.

Diakhir perbincangan kita akan cuba rumuskan model Sistem Ekonomi Islam kita in sya Allah. Sila jemput sahabat handai, rakan kenalan yang saudara rasa dapat memberi sumbangan yang bernas.

Untuk memudah dan memulakan perbincangan kami turunkan dibawah apa yang kami percaya merupakan Parameter Asas Sistem Ekonomi Islam, serta persoalan- persoalannya.

Dengan nama Allah, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Selamat berwacana.

Parameter Sistem Ekonomi Islam sepenuhnya:

1) Sistem Monetari – Wang yang disandar kepada Emas, Perak dan Fulus tertakluk kepada pengawasan Pertubuhan AlHisbah Antarabangsa

Persoalan.

a) Bagaimana Negara yang pada asal tidak memilikki emas?

b) Betulkah tuduhan pakar ekonomi sejarah bahawa dibawah sistem “Gold Standard” dahulu cukup sukar negara yang menghadapi kemelesetan untuk keluar dari kemelesetan ekonomi kerana tidak cukup emas/wang untuk menjana pembangunan ekonomi?

c) Bolehkah wang negara disandar kepada KDNK negara tersebut, ditentukan dan dikawal selia oleh Pertubuhan AlHisbah Antarabangsa?

2 Bank tidak wujud; yang wujud ialah Institusi Pelaburan dan Institusi Pembayaran.

– Institusi Pelaburan berfungsi untuk menerima pelaburan dalam bentuk Mudarabah dan Musharakah ; dan melabur dalam syarikat-syarikat dalam bentuk Mudarabah dan Musharakah. Untuk memastikan gejala perbankan rizab pecahan tidak boleh berlaku mereka tidak dibenar mengendali akaun semasa. Semua urusan tunai hendaklah melalui akaun semasa di Institusi Pembayaran.

– Institusi Pembayaran mengendali Sistem Pembayaran Negara (National Payment System) tanpa upaya untuk melabur atau memberi kredit. Tujuannya untuk memastikan gejala perbankan rizab pecahan tidak boleh mereka lakukan. Mereka mengendali akaun semasa dan sistem bayaran ala sistem kad debit dan dibayar yuran sebagai pendapatan mereka.

3. Tiada kaedah didalam sistem ini untuk deposit diambil secara hutang dan pembiayaan diberi secara hutang; kesemuanya dibuat atas prinsip ekuiti, yakni mudarabah dan musharakah?

– Bagaimana kita tangani soal perumahan dan kenderaan?

4. Perdagangan antarabangsa dikendali diatas dasar Sistem Pertukaran Emas ( Gold Exchange System). Impot dan Ekspot dua negara dimuqassahkan (net off) dan penyelesaian dibuat hanya keatas baki. Sekiranya emas semua negara dipersetujui disimpan disuatu lokasi maka pindahan emas diganti dengan pindahan catitan buku yang di kendali oleh Pertubuhan AlHisbah Antarabangsa.
5. Siapakah yang berperanan sebagai Pertubuhan AlHisbah Antarabangsa ini? Diandai Sistem ini dimula dengan negara-negara Islam dahulu, Pertubuhan dan Ibu Pejabatnya akan ditentukan oleh negara-negara Islam secara Mushawarah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s