Kekeliruan isu wang kertas – Diantara bicara furu’ dan bicara makro kesan sistem wang fiat

Kekeliruan isu wang kertas – Diantara bicara furu’ dan bicara makro kesan sistem wang fiat

Assalamu ‘Alaikum

Didalam Isu wang kertas apa kata kita bicara daripada segi makro, yakni daripada segi kesan sistem tersebut terhadap ummah terutama rakyat marhaen dan samada sistem tersebut melanggar maqasid.

Masalah wang kertas, atau lebih tepat dirujuk kepada sistem wang yang tidak bersandar kepada emas atau mempunyai ‘ain sendiri, ialah masaalah jumlah wang didalam sesebuah negara dinaikkan tanpa henti sementara barang dan khidmat tidak naik setaraf kenaikkan jumlah wang.

Ini mengakibatkan inflasi besar, berpanjangan dan tanpa henti, yang sentiasa mencuri kuasa beli terutama dari rakyat marhaen yang berpendapatan tetap dan rendah.

Contoh 1980an gaji graduan baru RM1200 nasi campur RM1.80, kereta termurah RM14,000 dan rumah termurah RM60,000. 2014 Gaji graduan baru purata RM1,900, nasi campur RM5, kereta RM40,000 dan rumah RM400,000. Ini jelas kesan inflasi sistem duit fiat.

Dengan sistem mas perkara ini tidak berlaku. Didalam sistem wang fiat 90% daripada jumlah wang didalam sebuah negara dicipta wawenang oleh bank melalui sistem perbankan rizab pecahan.

Kita kena berhenti disini dan benar-benar faham apa yang dimaksud kenaikkan jumlah wang melalui perbankan rizab pecahan. Kalau tak faham ini -ini yang berlaku kemelesetan dalam perbincangan.

Sila lawat Toward A Just Monetary & Financial System dan baca dengan teliti dan faham tulisan disitu yang dibuat dengan jelas untuk terangkan bagaimana sistem perbankan rizab pecahan melonjakkan jumlah wang (money supply) didalam sebuah negara.

Jadi apa hukum pencurian kuasa beli rakyat marhaen yang tidak dirujuk atau diminta izin sebelum jumlah wang dinaikkan?

Salepas ini untuk tidak mengeliru isu kita akan bicara pula tentang bagaimana sistem perbankan rizab pecahan yang digabungkan dengan sistem perbankan bersasaskan hutang menidakkan Surah AlHasyr ayat 7 yakni objektif Syariah yang mahu kekayaan mengalir diseluruh masyarakat.

Elok kita tumpu untuk bicara kesan sistem fiat kepada umat daripada membincang soal-soal furuq yang ramai tidak faham kesannya apabila dikaji dari pada segi sistem.

Allahu A’lam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s